Thursday, June 12, 2008

PROJEK TAK MASUK AKAL

Last week,

Minggu ke 5, bermulanya hari penuh tekanan dalam hidupku. Kisahnya bermula apabila aku mendapat message dari kawan sekerja aku Faiz melalui YM yang menyatakan Pn Raja nak jumpa. Ketika itu aku berada di Dataran Ilmu kerana ingin menghantar email kepada penyelia fakulti untuk memaklumkan sesuatu yang amat mustahak.Selepas selesai, aku bergegas ke lab USK untuk bertemu dengan Pn Raja. Setibanya di sana, aku dimaklumkan yang aku perlu bertemu Penolong Pendaftar Akademik, Pn M*****. Pn ada memaklumkan kepada aku yang aku akan diberi projek baru, walhal online system pun masih dalam pembikinan.

Aku menuju ke Blok CST bersama Pn Raja untuk bertemu orang yang dimaksudkan itu. Sesampainya di sana, kami dilanyan dengan cukup baik, seakan-akan sudah lama kenal (akulaaa). Rupanya "ada udang disebalik batu". Selepas seketika, barulah Pn M mencerita perkara sebenarnya. Aku dimaklumkan yang sebenarnya CST ingin membuat buku dan telah diserahkan kepada desingner dari syarikat luar untuk menyiapkannya termasuk printing phase. Tetapi malangnya, designer syarikat berkenaan telah cabut lari. Bila deal dengan bosnya, ada aje alasan yang diberi, macam buat kerja "lepas batuk di tangga". Oleh sebab itu, aku telah diminta untuk take over.

"Dah laa aku bukan student DDZ punya , class designing pun tak pernah masuk langsung. Photoshop pun pandai sebabkan belajar sendiri melalui Internet"- jiwaku mengeluh.

Pn M menaruhkan harapan sepenuhnya untuk menyiapkan projek itu. Untuk peringkat awalnya aku diminta untuk mendesign cover, layout dan inter-section page bagi buku tersebut. Fasa seterusnya akan diputuskan berdasarkan perbincangan hasil kerja aku antara Pn M ngan Dekan CST. Aku kata...akan serahkan pages pada isnin depan. Takkan nak tolak pulak, orang dalam susah, mesti kena tolong.





BOOK'S COVER


INTER-SECTION PAGE


LAYOUT


Minggu ni.....
masuklah minggu ke 6 aku kat sini, pagi-pagi lagi aku p ketuk pintuk bilik Pn M kerna nak serahkan design (kat atas). Lepas discuss, aku pun blaa.


Masalah sebenarnya bermula...
Tanggal 10 Jun 08, Selasa, Aku dipanggil datang ke bilik Pn M. Muslihat sebenar terbongkar. Daripada hanya design cover, layout dan inter-section page kepada kalimah:

"Kamu design sebiji buku ini dan saya nak tengoknya hari Khamis ini."

Saat tu, kepalaku macam dihempak oleh sebiji batu yang besar. Bermacam-macam masalah berpusing-pusing di kepalaku. Aku beredar dari bilik dengan 1001 pelbagai masalah. Ingatkan tekanan JKM tak akan berulang lagi. Malangnya ia berlaku lagi disini.

Aku mencari pelbagai ilham, pelbagai panduan yang dapat menenangkan jiwa kerna pepatah setiap masalah ada penyelesaiannya telah aku buktikan untuk masalah sebelum ini. Aku pantang dicabar. Kata-kata terakhir yang keluar dari Pn M sebelum aku beredar daripada bilik itu:

"Saya memang mengharapkan awak, Helmee...
Alang-alang saya dah black list company printing tu, lebih baik saya bagi duit kat awak, saya percaya pada kebolehan awak...do the best"

Semangat juangku kembali, jangan sesekali membakarnya. Selepas saat tu aku bertekat untuk bermati-matian dan percaya aku boleh buat. Keindahan mimpi malam diketepikan, 24 jam laptop ini on. Aku hanya diberi seminggu untuk menyiapkan misi ini. Tak pernah aku mendesign buku setebal 200pg dalam seminggu. Sebelum ini,biasanya sekurang-kurangnya aku perlukan sebulan untuk menyiapkan sebiji buku. Perkataan "seminggu" dan "200pg" betul-betul keramat.

Do the best!!!! I can do it and i must do it.. Ohh GOD, please bless me..


No comments: