Thursday, July 3, 2008

2 JULAI 08 DALAM INGATAN

PERJALAN BERLIKU

Itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan secara keseluruhannya perjalananku sebagai seorang pelajar yang baru mengenali alam pekerjaan. Tempoh 2 bulan yang diberi untuk merasai alam pekerjaan sebenar cukup bermakna dalam hidupku. Ia bermula dengan penuh ketenangan tanpa sebarang tekanan. Jiwa meredah kehidupan tanpa gundah gulana. Segalanya bermula dengan penyusunan strategi, langkah demi langkah yang harusku lalui dalam membangunkan sistem. Hidup sebagai seorang programmer yang baru mengasah bakat cukup mencabar. Langit tidak selalunya terang, kadang-kadang hujan ditengah harinya. Cabaran menimpa bertalu-talu. Selepas satu berjaya diselesaikan, ada aje yang datang menyampanya. Inilah dugaan.

Tapi, jiwa ini tak pernah pudar, malah ia semakin menguatkan semangat menggerat keringat untuk menggapai impian. Kerna jiwa ini mengerti, suatu hari nanti akan ada masanya semua akan berakhir. Bilakah hari itu?

Hari itu adalah hari ini. Tanggal 2 Julai 08 melabuh tirainya dengan penuh kenangan. Semuanya berakhir dengan penuh kenangan. Pahit, manis, penat lelah, getir perih berlalu juga akhirnya. Yang tinggal hanyalah kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayatku. Segala cabaran berjaya jua akhirnya ku tempuhi.

Hari ini adalah Rabu pengakhirnya, aku akhirnya diistiharkan sebagai seorang yang sanggup menanggung risiko dan sanggup bekerja dibawah tekanan. Itulah kata-kata yang terkeluar daripada seseorang yang amat aku hargainya kerana keperihatinannya terhadapku. Kamu adalah seorang yang tegas dan tidak mudah mengalah walaupun pada masa yang sama rakan seperjuanganmu telah lama rebah dibuai mimpi indah. Kata-kata insan itu, telah merangsang jiwa lemah ini untuk terus bangkit untuk menggegarkan dunia. [ akanku buktikan siapa diri ini sebenarnya]

Sistemku, bukuku dan plannerku berlabuh tirai dengan penuh jayanya. Semua orang mulai mengenaliku dengan hasil kerjaku...oh tuhan, ENGKAUlah pendorong semangat juangku