Wednesday, May 28, 2008

P R A K T I K A L

P R A K T I K A L????

Sudah masuk minggu ke 4 aku menjalani latihan praktikal di City Campus. Banyak pengalaman dan pendedahan baru yang aku dapat daripada insan disekeliling aku.

Mengimbas kembali....

Pada hari pertama aku melaporkan diri, suasana penuh dengan perasaan nervous. Apa agaknya sistem yang akan diberi oleh Pn Raja untuk aku bangunkan bersama Raziman(teman LI). Walaupun sebulan sebelum menjalani latihan praktikal aku telah menjejakkan kaki di pejabat USK (tempat aku bekerja), untuk bertanya khabar dengan Pn Raja (bekas lecturer) dan mengorek sedikit sebanyak system requirement supaya aku dapat membuat plan awal. Tetapi malangnya usaha aku yang semalam berangkat dari Skudai tidak mencapai maklumat sepenuhnya kerana Pn hanya memberi gambaran kasar skop kerja kami kerna ia masih lagi dalam perancangan. Sesampainya di pejabat (5 Mei 08, Isnin), saya telah dimaklumkan yang Pn belum sampai lagi di pejabat kerna ke klinik-tak sihat kot. Hampir 2 jam kami menunggu Pn dipejabat tanpa arah tuju, mundar-mandir macam kureng. Tiba-tiba masa tengah lepak-lepak dengan kengkawan yang lain, datang Kak G (pekerja Pn) membawa 5 helai kertas hijau yang memintak kami untuk mengisinya (perg...dalam english). Apa lagi main taram je la selagi dapat bernyawa...

Selepas itu kami (Aku, RazorMan, Anep Scoin & Paiz) diberi sebiji seorang PC oleh Kak G (boleh tahanlah cun) untuk disetup supaya dapat digunakan untuk sepanjang praktikal ini beserta nertworknya supaya kami dapat access Internet dan buat file sharing. Apa lagi, kamikan budak komputer yang pantang melihat PC kosong, kami kerjakan sampai time take launch. Lepas siap kerjakan PC yang diberi kami merempit ke Telekom untuk mengisi peruk.

Pada sesi petang pula kami diberi kelonggaran (bebas) untuk melakukan apa sahaja sehingga waktu balik. Apa lagi PC dah renowet baik-baik, network dah settle, kami pun meluncur selaju bullet mencapai apa saja yang terlintas di fikiran. Banyak informasi yang aku dapat tambah-tambah lagi pada masa sekarang yang tidak stabil dari segi ekonomi dan politik. Aku melayari chedek blogspot untuk memahami kenapa Dr M selalu mengkritik kerajaan saat-saat kritikal yang sepatutnya beliau menyalurkan idea yang boleh menambah baikkan lagi kerajaan...Selepas lama melayarinya dan menghayati statement Dr M baru ku mengerti maksud disebalik tindakannya. Tindakannya bersebab dan dipasak dengan hujah bernas yang tidak dapat dicapai oleh kebanyakkan orang termasuklah hamba kerdil ini. Selepas membacanya baru aku mengerti, khabar angin dan berita semata-mata tidak mencukupi.

Tepat casio menujukkan pada angka 5, aku beredah untuk balik ditambahkan lagi mataku dah kepenatan untuk menelaah lagi. Cukuplah dengan 4 mata, jangan sampai ditambah 2 lagi...

bersambung...