Tuesday, November 20, 2007

YAHUDI ANTI ZIONIS

Firman Allah S.W.T. di dalam surah Aal Imran: ayat 75 berbunyi: “Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalauengkau amanahkan dia menyimpan sejumlah harta yang banyak sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu. Dan ada pula di antara mereka yang kalau kau amanahkan menyimpan sedinar pun, dia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya...”

Lewat persidangan “Peace in Palestine” yang berlansung di Putrajaya hujung Mac 2005, rakyat Malaysia bagai disentak dari lamunan mereka dengan munculnya seorang Yahudi di muka bumi Malaysia yang lengkap dengan pakaian ortodoksnya. Bukan hanya sekadar kostum yang berwarna hitam, topinya, rambutnya yang bergulung-gulung dan juga janggutnya sudah cukup untuk sesiapa yang melihatnya pasti akan mengenali keYahudiannya itu. Kejutan itu tidak cukup sekadar itu, di dadanya terpampang bendera Palestin dan tertulis “Ana Yahudi wa Laisa Israeli” (Saya adalah Yahudi dan bukan orang Israel). Kemuncak kejutan pula ialah ucapan yang diberikan oleh beliau dalam kesempatan lebih kurang 10 minit yang telah diberikan kepadanya. Katanya: “Israel adalah negara haram dan bertentangan dengan aqidah agama Yahudi dan juga kitab Taurat!”. Yahudi spesis apakah ini?

Itulah Rabbi Yisroel, David Weiss dari kumpulan Yahudi Ortodoks yang menggelarkan diri mereka sebagai Naturei Karta (yang bermaksud: Penjaga kota atau The Guardians of the city). Ianya merupakan sebuah kelompok Yahudi Ortodoks yang menentang kewujudan negara Israel dan juga gerakan Zionis sedunia. Menurut mereka, penubuhan gerakan Zionis dan juga negara Israel merupakan satu konspirasi untuk merosakkan agama Yahudi dan sekaligus menghancurkannya. Mereka juga mendakwa bahawa rejim Zionis dan juga negara haram Israel tidak sekali-kali mewakili agama Yahudi, malah mereka merupakan golongan kafir menurut aqidah Yahudi yang sebenar!

Faham Anti-Zionis

Penolakan kumpulan ini terhadap ideologi Zionis dan juga negara haram Israel adalah berpunca dari pentafsiran agama Yahudi itu sendiri. Bagi mereka, Yahudi adalah agama yang telah wujud semenjak 3000 tahun yang lalu dan bukannya nama khusus bagi bangsa tertentu. Oleh yang demikian dengan sendirinya mereka menolak faham perkauman yang menjadi syiar utama semua kelompok Yahudi di serata dunia, dan juga teras kepada ajaran Zionisme.

Menurut mereka juga, penganut agama Yahudi adalah “bangsa pilihan Tuhan” bukan kerana bangsa mereka dan juga kehebatan mereka. Mereka dipilih Tuhan adalah kerana mereka adalah manusia yang penyayang dan juga mengasihani manusia lain. Pilihan tersebut juga bukanlah bermaksud dipilih untuk menguasai dunia dan memperhambakan bangsa-bangsa lain, tetapi ianya bermaksud mereka dipilih untuk hidup dengan mentaati Tuhan dan membantu manusia di seluruh dunia tanpa mengira bangsa.

Kumpulan Naturei Karta juga menegaskan bahawa ajaran Yahudi yang sebenar melarang penganutnya dari menumpahkan darah dan membenci bangsa lain. Mereka juga percaya bahawa mendapatkan kekuasaan dan membina negara di atas dasar kezaliman dan kekerasan adalah dikutuk oleh Tuhan. Bagi mereka, Yahudi adalah agama dan bukannya sebuah gerakan politik bersifat kebangsaan yang bersikap jahat terhadap bangsa yang lain. Pendapat mereka ini jelas bertentangan dengan ideologi Zionisme yang didokong oleh pelbagai kumpulan Yahudi yang bertanggung jawab membina negara haram Israel di atas tanah rakyat Palestin di atas nama perkauman dan gerakan kebangsaan. Bagi faham Zionisme juga, Yahudi adalah semata-mata perkauman dan untuk menegakkan negara bagi kaum Yahudi mereka bebas menggunakan apa-apa cara samada kezaliman mahupun kekerasan. Zionisme juga percaya bahawa hanya dengan ideologi sekular sahaja mereka dapat memastikan survival bangsa Yahudi dan juga kesinambungan negara haram Israel yang mereka bina. Bagi mereka, kitab Taurat hanyalah satu kitab suci yang menjadi adat resam bangsa Yahudi sahaja tanpa membawa apa-apa erti dalam kehidupan duniawi mereka.

Faham Zionis juga menterjemahkan “Bangsa Pilihan Tuhan” sebagai satu lesen bagi mereka untuk mempergunakan bangsa-bangsa lain di muka bumi ini. Ianya juga merupakan lesen besar untuk mereka jadikan alasan kepada kewujudan mereka di bumi Palestin dan menafikan hak kaum Arab (Muslim dan Kristian) di bumi tersebut. Walaupun berbekalkan semangat keYahudian, namun faham Zionis menolak ajaran-ajaran Taurat yang menghalang kaum Yahudi dari pulang ke Palestin dan menzalimi sesama manusia. Jelas bahawa faham Zionis hanyalah sebuah doktrin fahaman sekular yang diwarnai perkauman yang radikal. Di atas dasar inilah faham Zionis berpendapat bahawa selagimana seseorang manusia berketurunan Yahudi, maka dia adalah bangsa “Yahudi”, walaupun dia tidak mempercayai tuhan, tidak beragama dan juga tidak mempercayai Taurat serta ajaran-ajarannya. Sebab itulah kita mendapati pengasas gerakan Zionisme sendiri pun merupakan seorang Atheis yang tidak mempercayai tuhan sama sekali. Yang menarik lagi, beliau (Theodore Herzl) pernah memakan sandwic berintikan daging babi (yang diharamkan oleh agama Yahudi) dengan menggunakan tangan kirinya di hadapan rabbi-rabbi Yahudi untuk menunjukkan beliau adalah seorang Yahudi yang liberal. Atas sebab ini jugalah kita dapat melihat banyak sekali larangan-larangan dalam Taurat dilanggar oleh penduduk negara haram Israel yang merupakan masyarakat faham Zionis. Antaranya, (sekadar menyebutkan sahaja) bekerja hari Sabtu, perzinaan, membunuh orang-orang Palestin, menjual babi dan 1001 lagi pantang larang yang dilanggar di dalam negara Israel Zionis yang sekular.

Kumpulan Naturei Karta juga tidak mengiktiraf fahaman yang membezakan di antara kaum Yahudi dengan bangsa-bangsa lain. Bagi mereka, intipati ajaran Talmud (Meshna Tora, iaitu sumber rujukan kedua Yahudi seumpama Sahih al-Bukhari orang Islam) menegaskan perkara tersebut. Sayangnya, menurut mereka, pentafsiran Talmud sering melupakan perkara ini dan hanya menumpukan kepada pentafsiran yang membawa kepada kelebihan kaum Yahudi berbanding dengan bangsa lain sahaja. Menurut meeka juga, kepercayaan yang berteraskan aqidah Monotheism ini telah menjadikan mereka tidak sombong dan bongkak lantas menjadi sesat seperti para pendokong Zionis yang pada pandangan mereka telah menjadi kufur dan musyrik.

Naturei Karta dan bumi Palestin

Antara perbezaan besar di antara Naturei Karta dengan golongan Zionis dan Israeli juga adalah sikap mereka terhadap bumi Palestin dan juga janji Tuhan kepada mereka berkenaan bumi tersebut. Menurut mereka, kaum Yahudi telah dikeluarkan dari bumi tersebut adalah kerana dosa-dosa mereka. Ianya merupakan siksaan dari Tuhan kepada bangsa Yahudi, dan sewajarnya kaum Yahudi mengambil pengajaran dan tidak mengulangi kesilapan silam. Proses pembuangan Yahudi dari bumi Palestin semenjak tahun 70 A.D. lgi adalah peluang bagi kaum Yahudi untuk mendekatkan diri mereka kembali kepada Tuhan dan memperbaiki diri mereka. Walaupun kaum Yahudi sentiasa berdoa siang dan malam agar mereka dikembalikan ke bumi Palestin yang dijanjikan Tuhan kepada mereka, menurut kumpulan ini, ianya hanya hak Tuhan untuk mengembalikan mereka dan bukannya dengan usaha mereka sendiri, apatah lagi dengan mengambilnya dari orang lain serta menumpahkan darah. Mereka juga yakin, apabila sampai waktunya nanti, mereka akan pulang ke Palestin bersama Messiah yang telah dijanjikan oleh Tuhan, dan mereka akan hidup harmoni dengan penduduk lain di Palestin dalam keadaan beriman kepada Tuhan.

Maka, sewajarnyalah mereka menentang propaganda Zionis dan juga usaha-usaha kejam gerakan tersebut. Bagi kumpulan ini, apa yang dilakukan olrh Zionis dan juga Israelis sekarang ini hanya akan mengundang kemurkaan Tuhan terhadap mereka dan juga merupakan persiapan untuk mengundang azab dari Tuhan. Erez Yizrael yang mereka idamkan itu, menurut Naturei Karta adalah berbeza dengan negara Israel sekarang ini yang lebih kepada negara ketenteraan dan zalim. Erez Yizrael yang akan dibina oleh Messiah nanti adalah negara kerahiban, tanpa peperangan dan juga tanpa keganasan. Semua rakyat Yahudi akan tunduk dan beribadat kepada Tuhan untuk mendapatkan keredhaannya bersama-sama penduduk negara tersebut secara aman dan damai. Oleh yang demikian, sehingga kini, Naturei Karta tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara Israel, malah tidak pernah pun pergi ke Kotel (tembok meratap) mereka yang pada pandangan mereka telah dirampas dengan kekerasan dan kekejaman. Kekerasan dan kekejaman bukanlah intipati ajaran agama Yahudi pada pendirian kumpulan ini.

Zionis dan Nazi

Di dalam bahan-bahan terbitan mereka, kumpulan Naturei Karta juga sering membidas golongan Zionis dan golongan Yahudi yang mempunyai dua kerakyatan (kerakyatan di negara yang mereka tinggal dan satu lagi kerakyatan Israel yang terbuka untuk semua Yahudi). Mereka mengumpamakan golongan seperti ini sebagai penderhaka dan tidak boleh dipercayai. Mereka menyeru agar penganut agama Yahudi yang sebenar menjadi rakyat yang baik, setia dan bekerjasama dengan penduduk negara yang mereka diami. Mereka beriman bahawa agama Yahudi menyuruh penganutnya menjadi warga yang baik dan juga rakan yang boleh dipercayai. Naturei Karta juga giat berkempen menyedarkan dunia terhadap konspirasi yang berlaku di antar pihak Zionis dan juga rejim Nazi Hitler lewat peristiwa “Holocaust”. Pihak Zionis yang mempunyai kepentingan untuk memaksa orang-orang Yahudi berhijrah ke Palestin telah menggunakan peluang tersebut untuk membunuh mereka yang enggan berhijrah dan menjadikannya sebagai alat untuk menakut-nakutkan bangsa Yahudi lain di seluruh dunia, agar segera berhijrah ke Palestin. Ramai di antara kaum Yahudi yang terkorban lewat peristiwa tersebut merupakan golongan ortodoks Yahudi dan juga mereka yang anti-Zionis. Bagi pihak Zionis, pakatan dengan Nazi itu telah membuahkan hasil yang lumayan sehingga ke hari ini. Bukan hanya sekadar simpati dunia yang mereka berjaya perolehi untuk menjustifikasikan kewujudan mereka di bumi Palestin, malah mereka juga berjaya untuk menipu majoriti kaum Yahudi, terutamanya golongan hartawan dan ortodoks yang enggan berhijrah kerana sebab agama dan juga keselesaan di negara yang mereka diami. Jenayah ini menurut Naturei Karta, merupakan jenayah terbesar gerakan Zionis terhadap kaum Yahudi dan juga agama Yahudi.

Asal usul gerakan ini

Gerakan yang mempunyai cawangannya di seluruh dunia, terutamanya di Amerika Syarikat ini berasal dari gerakan Yahudi Ortodoks yang bernama Agudat Israel. Gerakan Agudat Israel ini telah ditubuhkan oleh golongan ortodoks Yahudi yang ingin menjaga kesucian agama mereka dari dirosakkan oleh gerakan-gerakan sekular Yahudi, terutamanya gerakan Zionis sedunia (World Zionis Organization) yang telah mula mendapat sokongan banyak pertubuhan Yahudi dari serata pelusuk dunia. Sejurus diisytiharkan deklarasi Belfour, kumpulan Agudat Israel ini telah mengemukakan bantahan mereka terhadap League of Nations (Liga Bangsa-Bangsa, iaitu sebuah kesatuan negara-negara sedunia sebelum United Nations / Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Mereka membantah terhadap pengiktirafan kerajaan British terhadap gerakan Zionis yang kononnya dianggap sebagai wakil bangsa Yahudi. Ketika gerakan Zionis menubuhkan Vaad Leumi, sebuah badan koordinasi Yahudi-Yahudi yang mendiami bumi Palestin, mereka telah menolak pelawaan Zionis untuk menyertai badan tersebut. Pergeseran ini telah membawa sedikit demi sedikit peperangan dan perbalahan di antara Agudat Israel dan juga gerakan Zionis sehingga tahun 1927. Di bawah mandat British, mereka telah berjaya mendapatkan hak untuk tidak menyertai National Council yang merupakan badan sah untuk bangsa Yahudi di Palestin berurusan dengan pihak British.

Pertelingkahan ini walau bagaimanapun semakin lemah, apabila ramai di antara pengikut Agudat Israel mula menyertai faham Zionis, terutamanya dari kalangan mereka yang telah berputus asa dengan idealisme gerakan itu. Melihatkan kepada perkembangan gerakan Zionis dan juga kejayaan mereka untuk menubuhkan sebuah negara bagi kaum Yahudi (Erez Yizrael), ramai di antara ahli-ahli Agudat Israel, yang terdiri dari golongan ortodoks mula mengubah haluan untuk menyertai arus perdana kaum Yahudi di bumi Palestin dengan menyokong faham Zionis. Lebih menarik lagi, Agudat sendiri sebagai sebuah organisasi telah mendokong faham Zionis secara rasmi dan mengatakan bahawa Deklarasi Belfour itulah merupakan “Janji Tuhan” kepada bangsa Yahudi. Keadaan menjadi lebih parah apabila Rabbi Cook the Elder telah mengeluarkan fatwa wajib bagi bangsa Yahudi di seluruh dunia untuk menyokong gerakan Zionis berdasarkan pentafsiran semula Talmud. Sebagai seorang yang berautoriti di kalangan golongan Ortodoks, fatwanya itu telah memberikan inspirasi kepada ramai dari kalangan Yahudi ortodoks yang lain untuk berhijrah dan mengiktiraf hegemoni faham Zionis terhadap survival bangsa Yahudi.

Kesan daripada perkembangan ini, golongan Yahudi Ortodoks yang telah berhijrah daripada Poland dan juga Jerman telah menubuhkan Naturei Karta (terjemahan: Penjaga Kota). Mereka bukan hanya tidak mengiktiraf gerakan dan faham Zionis, malah memisahkan diri mereka dari pertubuhan tersebut. Mereka mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyatakan kerelaan mereka untuk bernaung di bawah kerajaan Islam berbanding hidup di bawah pemerintahan Zionis di dalam akhbar-akhbar milik mereka sendiri sejak dari tahun 1944 lagi. Apabila penubuhan negara Israel diisytiharkan pada tahun 1948, mereka telah menghantarkan surat bantahan terhadap Leagues of Nation. Menurut mereka, penubuhan tersebut adalah tidak sah, dan mereka memilih untuk berhijrah ke Jordan dan tidak menetap di Palestin. Sehingga beberapa waktu, gerakan ini sentiasa mengeluarkan kenyataan mereka mengutuk kerajaan Israel, dan sering mengantungkan bendera Israel separa tiang setiap kali acara hari kebangsaan penubuhan negara Israel disambut pada setiap tahun. Mereka juga menyokong segala usaha pembebasan bumi Palestin oleh orang-orang Arab dan kaum Muslimin. Lebih menyakitkan hati kaum Zionis lagi, apabila mereka sentiasa menyeuarakan kesediaan mereka untuk bersama-sama kaum Muslimin untuk hidup di dalam sebuah negara Islam Palestin, di mana mereka tinggal di sana sebagai kaum minoriti yang baik. Hal ini telah membuatkan mereka menerima tindak balas yang kejam dari kerajaan rejim Zionis. Seperti orang Arab yang lain, merekatelah didiskriminasi, malah penempatan mereka seperti di Mea Sherim telah dikacau dan dihuru-harakan oleh pihak rejim Zionis. Usaha jahat rejim Zionis ini telah menyebabkan ramai di antara pendokong Naturei Karta mengambil keputusan untuk berhijrah meninggalkan Palestin, dan pengikut mereka serta simpatisan perjuangan mereka semakin berkurangan dari hari ke hari.

Naturei Karta di waktu ini

Kini, gerakan Naturei Karta telah cuba membina kekuatan mereka kembali di luar Palestin. Di New York dan juga bandar-bandar lain di Eropah, mereka telah menyusun gerakerja yang lebih strategik. Di dalam setiap demonstrasi anti-Zionis dan anti-Israel, pasti wajah-wajah mereka akan muncul dengan plakad-plakad yang tercatat slogan-slogan anti-Israel dan Zionis. Mereka juga tidak ketinggalan membakar bendera Israel sambil menjulang bendera Palestin. Mereka juga sering berhubung dengan PBB dan menyuarakan pandangan-pandangan mereka terhadap isu Palestin dan menggesa agar PBB tidak mengiktiraf negara haram Israel. Mereka juga sering melakukan kempen di serata dunia menggesa agar masyarakat dunia tidak mengiktiraf Israel dan juga menyeru agar negara haram Israel dihapuskan dan digantikan dengan negara Palestin berdaulat dengan bandar Baitul Maqdis diletakkan di bawah pengawasan antarabangsa. Gerakan ini kini mempunyai hampir 60,000 ahli di serata dunia yang berpusat di Brooklyn, Amerika Syarikat. Mereka mempunyai tujuh orang ahli majlis tertinggi yang menetapkan hala tuju perjalanan gerakan tersebut dan juga merupakan tempat rujuk bagi ahli-ahli gerakan itu di serata dunia. Mungkinkah mereka bakal menjadi penyelesaian kepada isu Palestin yang sedang mencari titik perhentiannya kini?

HOLOCOUST: MITOS @ FAKTA?

Kalau Eropah memang bersalah membantai kaum Yahudi pada Perang Dunia II, lalu mengapa Palestin yang harus menanggung akibatnya? Seharusnya Eropah menyediakan tanah di wilayahnya sendiri untuk mendirikan negara Israel.

Kalau pembantaian itu tidak pernah ada, lalu mengapa Eropah mendukung pendirian negara Israel di atas tanah Palestin dengan alasan kemazluman bangsa Yahudi pada Perang Dunia II?

(Ahmadinejad, Presiden Iran)

Pernyataan keras Presiden Iran tentang Zionis ini menyulut kemarahan para pemimpin Eropah. Kanselor Jerman, Angela Merkel, mengatakan, “Sebagai Kanselor Jerman, dan dalam pandangan tanggung jawab sejarah, saya hanya mampu mengatakan bahwa kami menentang hal ini dalam bentuk yang paling keras dan kami akan melakukan apa saja yang mungkin untuk menjelaskan bahwa tidak boleh ada ancaman apapun bagi hak Israel untuk eksis dan kita harus mengambil pandangan yang realistis dan jelas tentang sejarah, dan hal itu termasuk tanggung jawab Jerman.”

Holocaust atau peristiwa pembantaian enam juta Yahudi Eropah pada zaman Perang Dunia Kedua, bagi banyak orang adalah sebuah fakta sejarah yang tidak dibantahkan. Namun, tak kurang dari sejarawan sekaliber Robert Faurisson dan Profesor Roger Garaudy asal Perancis, harus menanggung hukuman dan denda atas tulisan mereka yang mengungkapkan fakta dibalik Holocaust, antara lain: tidak mungkin ada enam juta orang Yahudi pada zaman itu. Bahkan, jumlah korban dari ras Eropah dalam Perang Dunia II sesungguhnya jauh lebih besar daripada ras Yahudi.

Upaya untuk mengungkapkan kebenaran tentang Holocaust memang memerlukan jiwa yang sangat besar. Saat ini, sejarawan Inggris, David Irving, sedang ditahan di Austria dan menunggu proses pengadilan terhadapnya. “Kejahatan” yang dilakukan Irving adalah: mengingkari fakta Holocaust. Walikota London saat ini juga sedang dihadapkan ke pengadilan atas kesalahan “mengingkari Holocaust”. Beberapa orang lainnya, juga mengalami nasib serupa, misalnya Ernest Zandel asal Kanada, Gatsom Amadeus wartawan asal Swiss, George Ashley, seorang guru asal AS, dan Dr. Joel Heyward, seorang dosen asal New Zealand. Mereka harus menjalani hukuman atas keberanian mereka menentang fakta adanya Holocaust pada Perang Dunia II.

Pada dekad 1980-an, organisasi Zionisme Internasional telah menyusun undang-undang yang bertujuan untuk mencegah terhapusnya peristiwa Holocaust dari sejarah. Pada bulan Julai tahun 1990, UU ini disahkan oleh pemerintah Perancis. Dalam UU ini disebutkan bahwa segala bentuk keraguan terhadap peristiwa Holocaust, baik berupa keraguan terhadap adanya Holocaust itu sendiri, atau keraguan atas jumlah korban (iaitu 6 juta orang) dalam peristiwa itu, atau keraguan tentang adanya kamar gas NAZI untuk membunuhi orang Yahudi, dinilai sebagai tindakan kriminal dan dijatuhi penjara antara 1 bulan hingga 1 tahun serta denda 2000-3000 Frank. Atas tekanan lobi-lobi Zionis, UU serupa juga disahkan di Ingris, AS, dan negara-negara Eropa lainnya.

Pertanyaannya kini, apakah Holocaust itu mitos atau fakta? Saya yang bukan sejarawan, tentu tidak punya kapabiliti untuk menjawabnya. Silakan saja Anda membaca buku karya Prof. Roger Garaudy,"The Founding Myths of Israeli Politics", di situ dimuat secara jelas data-data mengenai (tidak adanya) Holocaust pada Perang Dunia II.

Namun, ada fakta menarik yang saya temukan di harian Kayhan terbitan Tehran. Fakta itu berbunyi: Holocaust memang ada!

“Holocaust bermakna pembunuhan kejam dengan cara membakar hidup-hidup para korban, dan sebagian ahli bahasa menyatakan bahwa asal perkataan ini bermula dari kejadian pada abad ke-6 di Yaman. Pada abad ke-5, Dinasti Himyarite menaklukkan kerajaan Saba di Yaman. Pada abad ke-6, seorang raja Dinasti Himyarite, yaitu Raja Dzu Nuwas, mengubah agama kerajaan (yang semula Kristian) menjadi agama Yahudi. Dalam rangka ini, dilakukan pembantaian kejaml terhadap orang-orang Kristian yang masih berkeras memeluk agama mereka. Diceritakan bahawa pada peristiwa itu, Raja Dzu Nuwas duduk di singgasanannya dengan dikelilingi para Pendita Yahudi. Di hadapan mereka ada kayu-kayu bakar yang telah disusun dan api pun dimarak sehingga terbentuklah api unggun yang sangat besar. Tak jauh dari tempat itu, orang-orang Kristian, termasuk anak-anak dan perempuan, tua dan muda, dikumpulkan dengan tangan terikat. Suara jeritan menyayat membubung ke udara. Lalu, Raja Dzu Nuwas mengeluarkan perintah dengan suara keras dan… kaum Kristian Yaman itu pun dibakar hidup-hidup.

Ya, Holocaust memang pernah terjadi, iaitu pembakaran hidup-hidup orang-orang Kristian Yaman abad ke-6. Namun, bezanya, Holocaust yang disebut-sebut menimpa kaum Yahudi pada Perang Dunia Kedua dijadikan alasan untuk membantu mereka mendirikan sebuah negara khusus Yahudi, demi mencegah terulangnya sejarah. Dengan kata lain, agar kaum Yahudi dapat hidup aman dan tenteram, perlu didirikan sebuah negara khusus. Pada awalnya, kawasan yang menjadi sasaran adalah Ethiopia dan Argentina. Namun, kedua wilayah itu dianggap kurang strategi dan muncullah Palestin sebagai sasaran. Tambahan pula, Palestin juga memiliki sejarah panjang, yang sangat sesuai bagi menegakkan pendirian negara Israel di wilayah itu. Kaum Yahudi pada zaman dahulu kala pernah tinggal di sana dan kemudian terusir, lalu hidup menyebar di berbagai negara di dunia. Bahkan, disebut-sebut, dulu ada kuil Sulaiman milik bangsa Yahudi, yang kini di atasnya telah dibangun Masjidil Aqsa.

Lalu, dimulailah sejarah pahit bagi bangsa Palestin itu. Pada masa-masa akhir penjajahan Inggris di Palestin, secara sistematik, kedatangan orang-orang Yahudi Zionis (kita perlu membedakan antara Yahudi murni dan Yahudi berpaham Zionis yang mengarsiteki pendirian negara Israel) yang menjajah, merampas, atau membeli secara paksa tanah milik orang-orang Palestin. Setelah Inggeris meninggalkan Palestin, pada tahun 1948, kaum Zionis pun memproklamasikan berdirinya negara Israel. Sayang, mereka melupakan satu fakta penting. Bangsa Palestin majoritinya adalah muslim, yang memiliki satu prinsip tegas: jihad memperjuangkan tanah air adalah sebuah kewajiban. Itulah sebabnya, segala bentuk penindasan dan teroris yang dilakukan tentara Zionis –termasuk juga propaganda global untuk mendukung Zionisme dan mencitrakan bangsa Palestin sebagai teroris– hingga kini tidak pernah bisa memadamkan api perjuangan bangsa Palestina.

Kaum Zionis juga melupakan satu fakta penting: kalau benar mereka menjadi korban Holocaust yang dilakukan tentara NAZI Jerman, mengapa yang harus menebus kesalahan itu adalah bangsa Palestin dan mereka dianggap berhak mendirikan negara Israel di tanah tanah Palestin?

Khaibar..Khaibar Yaa Yahud…inna jaysya Muhammad saya’ud!

Thursday, November 15, 2007

KARL HAUSHOFER DISEBALIK TRAGEDI HOLOCAUST

Seorang Profesor Yahudi ternyata mempunyai agenda-agenda besar dalam peristiwa pemulauan dan pembunuhan orang-orang Yahudi yang dilakukan Nazi-Jerman dalam Perang Dunia II. Profesor Karl Haushofer namanya Karl Ernst Haushofer lahir di Munich, Bavaria (Jerman), pada 27 Agustus 1869. Dia dilahir dari keluarga Yahudi Jerman, dari pasangan Max Haushofer, seorang ekonom, dan Frau Adele Haushofer. Lulus dari sekolah atas, Karl muda mendaftar sebagai tentara Bavaria. Karir di dinas ketentaraan, Karl menamatkan pendidikan di Lembaga Pendidikan Ketentaraan Bavaria (Kriegschule), Akademi Artileri (Artillerieschule), dan Bavarian War Academy (Kriegsakademie).

Tahun 1896 Karl muda berkahwin dengan Martha Mayer Doss, juga seorang
Yahudi. Haushofer meneruskan pendidikannya hingga menjadi perwira tinggi dan bertugas di Angkatan Perang Kerajaan Jerman dan karirnya berterusan hingga menduduki jabatan sebagai Staff Corp di tahun 1899. Bahkan pada tahun 1903, Karl Haushofer diangkat menjadi tenaga pengajar di Bavarian Kriegsakademie. Tahun 1908, Haushofer dikirim ke Jepun guna mempelajari sistem ketentaraan di negeri Matahari Terbit itu. Di Jepun, Haushofer juga didaulat menjadi instruktur rejimen artileri tentara Nippon. Dari Jepun, Haushofer yang menguasai banyak bahasa asing selain Jerman, seperti Inggris, Perancis, dan Rusia, ditugaskan melawat ke beberapa negara Timur Jauh seperti Korea, India, Tibet, Cina, dan lain-lain.

Selama bertugas di Timur Jauh inilah, Haushofer yang memang telah lama tertarik dengan ajaran-ajaran mistis dari Timur melanjutkan penelitiannya. Dia juga menterjemahkan beberapa literatur Budhisme dan Hindu. Menurut sejumlah peneliti, ketertarikan Haushofer terhadap ajaran mistis-esoteris bukan tanpa sebab. Latar belakang keluarganya dipercaya memang telah bersentuhan dengan hal-hal seperti ini.

Haushofer merupakan salah satu tokoh dari sebuah persaudaraan mistis pemuja syaitan (Kabbalah).
Dari perjalanannya mengelilingi Timur Jauh inilah, Haushofer kemudian memperkenalkan sebuah Teori Geo-Politik yang dinamakan “The Heartland Theory” yang intinya berbunyi: “Siapa pun yang mampu menguasai Heartland maka ia akan mampu menguasai World Island”. Heartland (jantung bumi) merupakan sebutan bagi wilayah Asia Tengah, dan World Island mengacu pada kawasan Timur Tengah. Kedua kawasan itu merupakan kawasan kaya minyak bumi dan juga gas.

Teori ini sesungguhnya bukan otentik dari Haushofer, namun adaptasi dari Sir Alfrod McKinder (1861-1947), seorang pakar geopolitik asal Inggris terkemuka abad ke-19. Nicholas Spykman, seorang sarjana Amerika, menambahkan teori ini dengan mengatakan, “Siapa pun yang mampu menguasai World Island, maka ia menguasai dunia.” (Di Milenium ketiga, teori ini dianut oleh White House sehingga Bush berusaha untuk menguasai Afghanistan, Iraq, dan negeri-negeri sekitarnya).


Haushofer terkenal dekatnya dengan perwira-perwira Jerman, bahkan berkawan akrab dengan dua tokoh Nazi, Adolf Hitler dan Sekretarisnya, Rudolf Hess. Kepada Hitler, Haushofer menyerap teori geopolitik dan juga teori ras unggul bangsa Arya. Buku karangan Hitler yang diasisteni Hess berjudul “Mein Kampf” (Perjuanganku, 1926)—buku ini menjadi buku suci Parti Nazi—dilatarbelakangi teori yang dikemukakan Haushofer. Menurut Haushofer, agar bangsa Jerman mampu menjadi bangsa terkuat di dunia, maka ras Arya harus memurnikan dirinya dan menyingkirkan semua orang Jerman yang bukan berasal dari ras ini.

Teori Charles Darwin—juga Yahudi—pun dikemukakan oleh Haushofer sehingga Adolf Hitler menjadi semakin jatuh dalam pengaruhnya.
Berkat pengaruh dari Haushofer inilah, ketika Nazi berkuasa, maka dilakukan pemurnian ras Arya secara besar-besaran. Semua orang Jerman yang bukan berasal dari ras ini di kejar dan dihancurkan, secara khusus orang Yahudi yang memang banyak mendiami wilayah Jerman menjadi tumpuan utama.

Masa lalu Hitler yang memiliki hubungan yang buruk dengan orang Yahudi menambah kebenciannya terhadap bangsa yang satu ini. Secara diam-diam Haushofer memprovokasi Hitler agar terus mengejar dan mengusir orang-orang Yahudi dari Jerman dan kawasan sekitarnya.
Mengapa seorang Haushofer yang juga Yahudi Jerman berbuat seperti ini? Jawabannya akan ditemukan dalam sebuah pertemuan rahasia 13 keluarga berpengaruh Yahudi di Judenstaat, Frankfurt, Bavaria, di kediaman Sir Mayer Amschell Rothschild pada tahun 1773.

Saat itu Rotshchild melontarkan dua rencananya. Pertama, menyusun 25 program penguasaan dunia yang kemudian kita kenal sekarang sebagai Protokolat Zionis. Yang kedua, Rotshchild menyebut nama Adam Weishaupt—seorang mantan Yesuit—untuk mendirikan dan memimpin organisasi konspiratif modern bernama Illuminati.

Pertemuan Frankfurt ini menyepakati, mereka harus menemukan kembali harta karun King Solomon yang mereka yakini terbenam dalam keruntuhan Haikal Sulaiman yang ada di bawah Masjidil Aqsha di Yerusalem. Caranya adalah dengan merebut Yerusalem dari tangan bangsa Palestin yang sudah ribuan tahun mendiaminya.
Seorang tokoh Yahudi bernama Theodore Hertzl ditugaskan menemui Sultan Abdul Hamid II yang ketika itu menjadi Khalifah Turki Utsmaniyah agar menyerahkan wilayah Palestin kepada bangsa Yahudi. Sultan menolak mentah-mentah permintaan ini walau kemudian Hertzl menyogok Sultan dengan harta berlimpah. Sultan tidak terpedaya sedikit pun. “Selama jantungku masih berdenyut dan darahku masih mengalir, aku haramkan wilayah Palestin bagi kalian wahai Yahudi, ” demikian jawaban dari Sultan. Akibatnya Hertzl dan pegawai Yahudi geram dan membuat satu strategi untuk meruntuhkan khilafah dengan memunculkan seorang Turki Muda bernama Mustafa Kemal Attaturk.

Sultan Abdul Hamid II pun tersingkir. Kekhalifahan Turki Utsmani dibubarkan, dan Mustafa Kemal Attaturk menjadi pemimpin Turki dan mensekularkan negeri itu. Satu penghalang telah tumbang. Walau demikian Yerusalem belum mampu diduduki.
Theodore Hertzl kemudian menyelenggarakan Kongres Internasional Zionisme (1897) yang diselenggarakan di Basel, Swiss. Kongres ini menyepakati bahwa seluruh Yahudi-Diaspora, istilah bagi orang-orang Yahudi yang masih terserak di seluruh dunia, agar secepatnya melakukan imigrasi ke Promise Land atau yang menurut mereka Kota Suci Yerusalem. Seruan Kongres Internasional Zionis ini tidak diendahkan. Banyak keluarga Yahudi yang sudah menetap di Eropah dan Amerika enggan pindah ke Yerusalem.

Meraka menolak seruan itu walau para ketua Zionis memaksanya.
Akhirnya tidak ada jalan lain, imigrasi Yahudi ke Palestin harus melalui jalan paksaan. Harus ada satu syarat yang memaksa orang-orang Yahudi-Diaspora agar berpindah ke Palestin. Akhirnya Haushofer berhasil dengan gemilang mendekati Hitler dan kemudian—tanpa disedari—tentera Nazi mengejar orang Yahudi mengakibatkan banyak orang Yahudi yang kabur dari negerinya dan berhijrah ke Palestin.

Seperti yang telah dikemukakan oleh Norman Finkeltstein dalam “The Holocaust Industry” atau Frederich Toben, peristiwa Holocaust sesungguhnya didalangi oleh kaum Zionis-Yahudi guna memaksa orang-orang Yahudi lainnya agar berpindah ke Palestin, melalui tangan Hitler. Bahkan Norman Finkelstein yang juga berdarah Yahudi menentang cara kotor Zionis ini.

Dalam bukunya, Finkelstein membongkar mitos holocaust dan menyebutnya sebagai projek pemerasan yang dilakukan Zionis terhadap negara-negara Eropah dan juga dunia, dengan mengorbankan kaum Yahudi Eropah yang sebenarnya enggan untuk ke Palestina.
Di akhir Perang Dunia II, Haushofer ditangkap oleh pasukan Sekutu. Pada tanggal 13 Maret 1946, Haushofer dan isterinya membunuh diri di Pähl, Jerman Barat. Mengikut jejak Adolf Hitler dan Eva Braun yang melakukan bunuh diri saat Berlin jatuh ke tangan Sekutu setahun sebelumnya.

Wednesday, November 14, 2007

EPILOG SEORANG HAMBA...


Ehem...ehem...
cubaan suara...
cubaan suara, satu, dua...
haloo...haloo...
test...test...OK
Assalamualaikum, buat pembaca sekalian oleh kerana kaorang dah buka laman ini, kaorang kenalah baca cerita aku nih...


Dulu aku bukan macam ni...sekarang ni aku dah insaf dah...kenapa tak percaya!!! dah...kenapa tak percaya !!! The story begin....Sekuat mana bom yang digugurkan di Afghanistan, sekejam mana keganasan yang dilakukan oleh tentera Zionis terhadap orang Islam...Itu semua tidak dihiraukan...Dia bukannya Osman Laden yang sehingga sekarang ini masih belum dapat ditangkap...Dialah Zeebo seorang penghuni aspurafa yang kurang hensem...

Siapa tidak kenal Zeebo...Di sekolah dialah kaki gaduh, kaki ponteng, kaki lawan cakap guru, kaki buli dan pelbagai-bagai jenis kaki lagi.

Sebenarnya Zeebo tidaklah se'gedebe' mana, oleh kerana di aspurafa tidak ada orang gedebe maka secara automatiknya dia secara rasminya melantik dirinya menjadi seorang gedebe. Conpiuss...

Semasa di tingkatan satu dan dua, Zeebo selalu tidak masuk Quranic Group, ini kerana pada minggu tidak balik dia balik dengan alasan nenek dan datuknya meninggal. Entah berapa ramai datuk dan neneknya dirumah.

Pasal aweks toksah dok cerita laaa...tiap-tiap malam dok bergayut kat pondok telefon walaupun dia mempunyai NOKIA N73 ntah model apa tah...Zeebo seolah-oleh mendapat lesen besar apabila ibu-bapanya berhijrah keluar negeri untuk bekerja.

Sebenarnya Zeebo ialah mangsa keadaan. Dia jarang mendapat belaian kasih sayang ibu-bapanya. Wang ringgit yang ditaburkan oleh ayahnya membuatkan hidupnya mewah, prinsip hidupnya "no money no talk.."

Oleh sebsb itu juga dia dikelilingi oleh ramai sahabat yang tidak sejati. Rakan-rakannyalah yang bekerjasama untuk melicinkan duitnya. Makanan di dewan makan tidak pernah disentuhnya kecuali hari Jumaat petang, itupun hanya mengambil ais-cream sontolia ataupun minum air sirap panas. Setiap malam dia akan ke Restoren Kak Dah & Pak Pin Sdn. Bhd...

Suatu malam yang suram, selepas prep malam Zeebo bercadang untuk lompat pagar. Jam G-Short Thailandnya menunjukkan jam 12.15 minit pagi. Kegerunan mula merayap, bulu roma mula meninggi ditahap maksimum. Dia mula teringat cerita-cerita seram yang dibacanya, didengarinya dari penglipulara yang tidak bertuiliah yakni rakan-rakanya, melalui filem filem yang ditontoninya dari VCD cetak rompak [PASTIKAN ORI, BARU BELI]- pesanan ini dibawa dari pihak yang berwajib seperti Mistik, Misteri Nusantara, Seeker, The Phone, Dark Water dll..Namun dia tetap cekal hati menempuhnya...

Entah mengapa pada malam ini suatu rasa kepelikan terbit dari sanibarinya. Walaupun dia tahu Pengawal Keselamatan yang sentiasa rajin meronda tapi dia tetap gerun. Dia cuba mengawal perasaanya. Akhirnya dia tiba di tempat yang strategik untuk melompat.

Tiba-tiba dia terpandang sesuatu yang berjuntai di dalam zoo mini sekolahnya..hatinya hampir saja luruh...rupa-rupanya ianya hanya seekor burung merak. "Fuh....terkejut beruk aku, nasib baik kau burung kalau tidak dah lama aku lesing!" katanya dalam tergagap-gagap...

Selepas "check-line" dia teris melompat keluar melalui pagar yang dipenuhi dengan kawat berduri dan "current" 1500mHz. Namun seperti spideman , ianya mudah bagi Zeebo. Semasa menuju ke destinasi Zeebo melihat satu lembaga duduk bertimpuh di tepi pagar sekolahnya... Zeebo cuba menggonyoh mata beberapa kali saada ianya realiti atau tidak...

Memang tidak syak lagi apa yang dilihat itu benar-benar ada dan wujud disitu. Zeebo memberanikan diri untuk menghampiri benda tersebut. Dalam hatinya "kalau orang yang aku tegur , kalu hantu ..tobak aku lari!!!". Setelah diperhatikan dengan dekat objek itu, ia merupakan seorang wanita tua. Rasa kasihan mula menerpa ke dalam dirinya.


"Assalamualaikum mak cik" sapa Zeebo.

"Waalaikummussalam" jawap perempuan tua itu.

"Buat apa mak cik malam-malam begini," tanyanya lagi.

"Makcik sedang tunggu anak mak cik," kata perempuan itu.

"Oooo..,sedikit kelegaan timbul dalam hati Zeebo" Mana anak mak cik?" soalnya.

"Dah 18 tahun mak cik tunggu anak mak cik...Dulu anak mak cik belajar di sekolah ni jugak...dia memang budak nakal, tapi depan mak cik dia baik. Makcik percaya dia 100% tapi dia tipu mak cik" terangnya panjang lebar.

Kali ini kejantanan Zeebo tercabar. "Mak cik apa yang ada dalam bungkusan itu" soal Zeebo panik.

Dengan selamba perempuan tua itu menunjukkan apa yang ada dalam bungkusan itu.

"Aaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhh.....suatu suara yang menggemparkan satu blok."

"Oooi Zeebo, mengucap Zeebo, apa hal kau meracau tengah-tengah malam ni..."teman sebilim Zeebo mengejutkannya.

"Aah..aku bermimpi rupanya..." katanya kepa dirinya sendiri. Sepanjang pagi itu dia tidak dapat melelapkan matanya . Seorang rakannya yang agak berpengetahuan mengenai agama menyuruhnya berfikir apakah sebenarnya di sebalik mimpinya tadi...