Ehem...ehem...
cubaan suara...cubaan suara, satu, dua...
haloo...haloo...
test...test...OK
Assalamualaikum, buat pembaca sekalian oleh kerana kaorang dah buka laman ini, kaorang kenalah baca cerita aku nih...
Dulu aku bukan macam ni...sekarang ni aku dah insaf dah...kenapa tak percaya!!! dah...kenapa tak percaya !!! The story begin....Sekuat mana bom yang digugurkan di Afghanistan, sekejam mana keganasan yang dilakukan oleh tentera Zionis terhadap orang Islam...Itu semua tidak dihiraukan...Dia bukannya Osman Laden yang sehingga sekarang ini
masih belum dapat ditangkap...Dialah Zeebo seorang penghuni aspurafa yang kurang hensem...Siapa tidak kenal Zeebo...Di sekolah dialah kaki gaduh, kaki ponteng, kaki lawan cakap guru, kaki buli dan pelbagai-bagai jenis kaki lagi.
Sebenarnya Zeebo tidaklah se'gedebe' mana, oleh kerana di aspurafa tidak ada orang gedebe maka secara automatiknya dia secara rasminya melantik dirinya menjadi seorang gedebe. Conpiuss...
Semasa di tingkatan satu dan dua, Zeebo selalu tidak masuk Quranic Group, ini kerana pada minggu tidak balik dia balik dengan alasan nenek dan datuknya meninggal. Entah berapa ramai datuk dan neneknya dirumah.
Pasal aweks toksah dok cerita laaa...tiap-tiap malam dok bergayut kat pondok telefon walaupun dia mempunyai NOKIA N73 ntah model apa tah...Zeebo seolah-oleh mendapat lesen besar apabila ibu-bapanya berhijrah keluar negeri untuk bekerja.
Sebenarnya Zeebo ialah mangsa keadaan. Dia jarang mendapat belaian kasih sayang ibu-bapanya. Wang ringgit yang ditaburkan oleh ayahnya membuatkan hidupnya mewah, prinsip hidupnya "no money no talk.."
Oleh sebsb itu juga dia dikelilingi oleh ramai sahabat yang tidak sejati. Rakan-rakannyalah yang bekerjasama untuk melicinkan duitnya. Makanan di dewan makan tidak pernah disentuhnya kecuali hari Jumaat petang, itupun hanya mengambil ais-cream sontolia ataupun minum air sirap panas. Setiap malam dia akan ke Restoren Kak Dah & Pak Pin Sdn. Bhd...
Suatu malam yang suram, selepas prep malam Zeebo bercadang untuk lompat pagar. Jam G-Short Thailandnya menunjukkan jam 12.15 minit pagi. Kegerunan mula merayap, bulu roma mula meninggi ditahap maksimum. Dia mula teringat cerita-cerita seram yang dibacanya, didengarinya dari penglipulara yang tidak bertuiliah yakni rakan-rakanya, melalui filem filem yang ditontoninya dari VCD cetak rompak [PASTIKAN ORI, BARU BELI]- pesanan ini dibawa dari pihak yang berwajib seperti Mistik, Misteri Nusantara, Seeker, The Phone, Dark Water dll..Namun dia tetap cekal hati menempuhnya...
Entah mengapa pada malam ini suatu rasa kepelikan terbit dari sanibarinya. Walaupun dia tahu Pengawal Keselamatan yang sentiasa rajin meronda tapi dia tetap gerun. Dia cuba mengawal perasaanya. Akhirnya dia tiba di tempat yang strategik untuk melompat.
Tiba-tiba dia terpandang sesuatu yang berjuntai di dalam zoo mini sekolahnya..hatinya hampir saja luruh...rupa-rupanya ianya hanya seekor burung merak. "Fuh....terkejut beruk aku, nasib baik kau burung kalau tidak dah lama aku lesing!" katanya dalam tergagap-gagap...
Selepas "check-line" dia teris melompat keluar melalui pagar yang dipenuhi dengan kawat berduri dan "current" 1500mHz. Namun seperti spideman , ianya mudah bagi Zeebo. Semasa menuju ke destinasi Zeebo melihat satu lembaga duduk bertimpuh di tepi pagar sekolahnya... Zeebo cuba menggonyoh mata beberapa kali saada ianya realiti atau tidak...
Memang tidak syak lagi apa yang dilihat itu benar-benar ada dan wujud disitu. Zeebo memberanikan diri untuk menghampiri benda tersebut. Dalam hatinya "kalau orang yang aku tegur , kalu hantu ..tobak aku lari!!!". Setelah diperhatikan dengan dekat objek itu, ia merupakan seorang wanita tua. Rasa kasihan mula menerpa ke dalam dirinya.
"Assalamualaikum mak cik" sapa Zeebo.
"Waalaikummussalam" jawap perempuan tua itu."Buat apa mak cik malam-malam begini," tanyanya lagi.
"Makcik sedang tunggu anak mak cik," kata perempuan itu.
"Oooo..,sedikit kelegaan timbul dalam hati Zeebo" Mana anak mak cik?" soalnya.
"Dah 18 tahun mak cik tunggu anak mak cik...Dulu anak mak cik belajar di sekolah ni jugak...dia memang budak nakal, tapi depan mak cik dia baik. Makcik percaya dia 100% tapi dia tipu mak cik" terangnya panjang lebar.
Kali ini kejantanan Zeebo tercabar. "Mak cik apa yang ada dalam bungkusan itu" soal Zeebo panik.
Dengan selamba perempuan tua itu menunjukkan apa yang ada dalam bungkusan itu.
"Aaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhh.....suatu suara yang menggemparkan satu blok."
"Oooi Zeebo, mengucap Zeebo, apa hal kau meracau tengah-tengah malam ni..."teman sebilim Zeebo mengejutkannya.
"Aah..aku bermimpi rupanya..." katanya kepa dirinya sendiri. Sepanjang pagi itu dia tidak dapat melelapkan matanya . Seorang rakannya yang agak berpengetahuan mengenai agama menyuruhnya berfikir apakah sebenarnya di sebalik mimpinya tadi...
No comments:
Post a Comment