Wednesday, June 25, 2008

FINALLY.... I`M GOT WHAT I WANT

Alhamdulillah.....lega rasanya

Setelah 2 minggu bertukus lumus, siang dan malam tiada bezanya, akhirnya aku mencapai juga noktahnya. Hati gembira tak terkata, jiwa lapang bagaikan menahan badaian tiupan angin lautan di senja hari. Akhirnya aku berjaya juga membuktikan aku adalah hamba yang bukan cepat mengalah. Dugaan dan cabaran hanyalah mainan kehidupan yang menguji kekentalan jiwa. Pengalaman itu, tidak akan ku lupakan sepanjang hayatku, malah ia akanku jadikan pembakar semangat dalam mengejar impian kehidupan sebenar.

Sejarahnya bermula begini...

Hanya daripada secebis hasrat untuk membantu insan lain yang berada dalam kesusahan. Tiba-tiba ia menjadi amanat yang teramat berat untuk dipikul. Jantan bukan sebarang jantan. Jantan ini jangan sekali dicabar. Sekali dicabar terbukti keluaran biasaannya. Amanat itu ku pikul dengan penuh rintihan jiwa. Bermula jam 8 pagi aku masuk opis sehinggalah malam menjangkau pagi baruku beredar dari meja kerjaku. Setiap hari halaman demi halaman, muka surat demi muka surat ku siapkan. Itulah rutinku sepanjang 2 minggu. Bemula dari fasa design layout, masukkan penanda halaman, kandungan, muka surat sehinggalah text touchup. Inilah yang aku buatkan sehingga angka 188 halaman tercapai. Bukan satu tapi 3 perisian yang aku gunakan untuk memastikan design bagi projek ini terjaga kualitinya. Daripada fail asal (Page Maker) warisan syarikat asal yang menolak projek ini, sehinggalah Adobe Photoshop CS3 dan Adobe Iilustrator CS3 menjadi mangsa untuk membuat design dan text touchup.

Dalam mengharungi beratnya amanat ini, ada juga insan yang bersimpati dengan bebanan yang ku tanggung. Mereka adalah teman sekerjaku. Walaupun mereka tak berani untuk memengang tugas ini tetapi sekurang-kurangnya merekalah sumber aspirasiku dalam meneruskan impian. Mereka tidak loket untuk bertanyakan perkembangan semasa projekku . Sekurang-kurangnya ada juga ruang untukku alirkan tekanan yang menghempat jiwa ini melalui gurau senda yang mereka tunjukkan. 2 minggu penuh kenangan. Raziman, Adlan, Faiz, Hasnol, Bukhari dah Waqk, mereka adalah penenang jiwaku. Perkataan keramat mereka "create server". Seorang sebut je, pasti semua yang memahaminya. NSF, CS dan DOTA, itulah penyatu hati mereka. Takku lupakan bekas lecturer aku yang banyak memahami situasiku, tak kira siang malam datang mencekalkan semangatku untuk meneruskan cabaran tersebut. Tempoh 2 minggu bukan masanya untuk ku siapkan 188 halaman buku dengan hanya berstatuskan seorang designer yang baru dalam mencuba nasib dalam dunia publishing.

Tapi TUHAN Maha Adil..
Semua yang aku lakukan bukanya percuma. Bebanan, kepercayaan itulah bisnes. Akhirnya syarikat abangku bukan satu tapi dua serentak mendapat projek percetakan dari UTM. Memang membanggakan. Disamping mendapat wang saguhati (lumayanlaa) aku juga mendapat gaji tempoh jam kerjaku dan komisyen daripada projek tersebut. Penat bukan sebarang penat, demam bukan sebarang demam tapi itulah demam berbayar. Dunia bisnes memang luas. Nama Al Kuathar Press akan memgenggam UTM. Itulah matlamatku.

No comments: